K

SAL

PAGES

Sabtu, 21 Julai 2012

RAMADHAN AL-MUBARAK




RAMADHAN kini menjelma lagi. Bulan yang menjanjikan pelbagai tawaran ibadah bagi golongan yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Maka ia sepatutnya dianggap sebagai ‘festival ibadah’ dan bukannya pesta untuk memenuhkan perut.

Kedatangan Ramadhan disifatkan sebagai bulan yang penuh keberkatan atau “al-Mubarak”. Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadith tentang Ramadhan sebagai : “Awalnya dipenuhi rahmat, pertengahannya dihiasi keampunan dan penghujungnya dijanjikan dengan pembebasan dari azab neraka.”

Kerana itu bulan Ramadhan sangat sinonim dengan akhlak sabar yang perlu diterapkan dalam diri seorang muslim. Sabar bukan sahaja bererti dapat menahan diri terhadap segala ujian yang menimpa. Ia juga bermaksud dapat menahan diri daripada melakukan sebarang maksiat yang sememangnya dimurkai oleh Allah.

Oleh itu, sayugia kita merebut peluang yang amat sukar diperolehi ini. Entahkan bila Ramadhan yang datang dapat kita bertemu lagi. Justeru amatlah rugi bagi sesiapa yang  mensia-siakan kedatangan Ramadhan kali ini dengan kekal malas melakukan ibadah. Sebaliknya dia berterusan membiarkan dirinya terperangkap dalam kancah dan budaya mazmumah.


Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa



Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)


Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa


Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.